(Video) : Penunggang Motosikal Terkejut Bertemu “Makhluk Kerdil” Dalam Hutan

Trending

(Video) : Penunggang Motosikal Terkejut Bertemu “Makhluk Kerdil” Dalam Hutan

Sekumpulan penunggang Motorcross terkejut besar apabila terserempak dengan mahkluk kerdil di dalam sebuah hutan di Aceh ketika sedang memecut motor dalam hutan tersebut.

Advertisement

Makhluk kerdil yang kelihatan tidak berpakaian itu terakam sedang membawa kayu dan mampu berlari dengan pantas sekali.

Portal-portal Indonesia melaporkan, makhluk itu dipercayai merupakan suku Mante.

Video tersebut merakamkan bagaimana penunggang motosikal terjatuh apabila terkejut terserempak dengan makhluk tersebut. Mungkin terkejut dengan kemunculan para penunggang motor itu, makluk itu juga melarikan diri.

Apabila dikejar, makhluk itu sempat membelok dan memasuki kawasan semak-samun.

Portal Kumparan.com telah cuba mengesahkan tentang makhluk itu dengan seorang penduduk Aceh yang juga Kepala Dinas Sosial Pemprov Aceh, Al Qudri pada Sabtu.

Al Qudri berkata beliau percayai makhluk kecil itu dari suku Mante yang selama ini pernah menjadi lagenda di Hutan Leuser di sini.

“Ini saya rasa Suku Mante, orangnya kecil-kecil,” jelas Al Qudri.

“Suku Mante ini didengar dari cerita turun temurun orang tua-tua,” ujarnya.

“Mereka itu mempunya deria hidung tajam, biasanya kalau mencium bau manusia mereka menghindar. Saat itu mungkin arah angin berlawanan, jadi mereka tidak mencium bau manusia,” tuturnya.

“Mereka itu suka garam. Jadi kalau di gua-gua ditaruh garam, kita tinggal tahu tahu hilang. Hanya ada jejak kaki saja,” tuturnya lagi.

Sumber : Kumparan.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...