Tidak pasti apakah puncanya tetapi gelagat penunggang motorsikal ini tular dirakamkan dan dikongsikan di media sosial. Di dalam video tersebut, penunggang motorsikal itu dilihat membawa motorsikal dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum akhirnya terlentang baring di pembahagi jalan.
Video berdurasi kurang 1 minit itu telah menerima lebih 350,000 tontonan sebaik sahaja ianya dikongsikan. Rata-rata netizen terkejut melihat bagaimana penunggang motorsikal ini terbaring dengan selamatnya walaupun sebelum itu menunggang motorsikal dengan terhuyung hayangnya.
Sapgam overdose.. Auto baring seketika..?? pic.twitter.com/DYZNKvq8Sd
— bakayarou (@hak_immm) July 19, 2020
Rakaman video itu dirakamkan oleh seorang penumpang kereta yang berada di belakang motorsikal tersebut. Mereka juga kedengaran terkejut melihat aksi penunggang motorsikal itu sebelum mencuba untuk membunyikan hon kereta untuk membantunya.
Penunggang motosikal itu juga dilihat sempat memberikan reaksi kepada salah seorang pemandu lain yang cuba menegurnya. Tidak berapa lama kemudian, dia mula perlahan-lahan memandu dalam keadaan tidak stabil dan terlentang di pembahagi jalan. Anehnya, motorsikalnya itu tidak terjatuh malah terletak elok di tepi jalan.
“Itu antara landing paling sempurna ya.”
Itu landing antara paling sempurna ya. Motor berdiri elok, penunggang dalam keadaan baik cuma kaki dia rasanya terkehel sedikit. Saya bagi 9/10
— nadhir (@nadhirthegreat) July 19, 2020
Nasib baik landing dia smooth je, aman beliau
— K.A.K.A (@khairiamirul7) July 19, 2020
Dia jatuh motor mcm chill je, aku jatuh motor ketepek langsung meraung sampai lengan lebam, bengkak berbulan² ??
— wnhlmtlthya (@whtahya_) July 19, 2020
Walaupun dilihat memandu dalam keadaan yang bahaya, dikhabarkan penunggang motorsikal itu berada dalam keadaan selamat tanpa kecederaan parah.