(Video) Penunggang Motorsikal Tercampak Gara-Gara Pemandu Kereta Tukar Lorong Secara Tiba-Tiba

Trending

(Video) Penunggang Motorsikal Tercampak Gara-Gara Pemandu Kereta Tukar Lorong Secara Tiba-Tiba

Sudah banyak juga kemalangan yang tular baru-baru ini yang melibatkan penunggang motorsikal. Memang biasanya kalau nak cepat ramai yang selesa menggunakan motorsikal kalau nak ke mana-mana.

Video yang tular ini pula menunjukkan kemalangan yang berlaku apabila sebuah kereta memotong lorong secara tiba-tiba di lorong kanan lebuhraya. Kejadian ini berjaya dirakamkan oleh pemandu kenderaan lain di Lebuhraya Sungai Besi.

Advertisement

Ada yang salahkan penunggang motorsikal yang bawa terlalu laju tapi macam yang semua tahu, lorong kanan memang untuk memandu dengan laju. Oleh kerana memotong secara tiba-tiba, penunggang motorsikal itu tidak sempat menekan brek dan berlanggar dengan kereta tersebut.

“Kalau nampak motor tu, bagi la motor lalu dulu baru tukar lane. Ni kau tang2 tu bagi signal, tang tang tu jugak kau tukar lane, bodo ke apa. Memang terpelanting la rider. Aishhhh”




Dah bagi signal, masuk cepat cepat. Jangan jadi macam siput babi tengah tengah highway gini, tak kena sapu dengan motor, kereta yang tengah speeding pun boleh and jadi lagi teruk. Side mirror ada kiri kanan, tengokla

Mungkin juga kerana pemandu kereta teragak-agak untuk memotong atau tidak jadinya terpaksa buat keputusan dengan cara mengejut macam itu. Tapi yang pastinya memang membahayakan.

Harap penunggang motorsikal itu berada dalam keadaan yang selamat. Untuk anda semua, pandulah dengan berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...