(Video) Penunggang Motorsikal Jatuh Berguling Dirempuh Ford Ranger Yang Bawa Kereta Laju Tak Ingat Dunia

Trending

(Video) Penunggang Motorsikal Jatuh Berguling Dirempuh Ford Ranger Yang Bawa Kereta Laju Tak Ingat Dunia

Sebelum anda menonton video ini, kami nasihatkan anda tarik nafas dalam-dalam dan bawa bertenang. Mungkin anda takkan percaya dengan apa yang berlaku di dalam video ini kerana ianya kelihatan seperti babak kejar mengejar di dalam filem aksi.

Video yang dikongsikan ini menunjukkan nasib malang seorang penunggang motorsikal yang dirempuh secara tiba-tiba oleh pemandu Ford Ranger. Masalahnya, kenderaan Ford Ranger itu dipandu dengan sangat laju dan membahayakan seperti watak penjenayah yang sedang lari dari dikejar polis.

Advertisement

“Bila kita hati-hati, orang lain pula tak berhemah memandu. Suami kena langgar baru tadi.”

Video yang dikongsikan oleh isteri penunggang motorsikal ini telah dikongsikan di laman Facebook miliknya. Pada awal video, dapat dilihat penunggang motorsikal tersebut sememangnya berada di laluan yang betul dan dikhaskan untuk penunggang motorsikal.

Namun secara tiba-tiba, muncul seorang makhluk Tuhan yang sedang memandu laju Ford Ranger dan kemudian mula memotong laluan. Sehinggalah mengakibatkan penunggang motorsikal tersebut jatuh berguling tidak semena-mena.

ford ranger

ford ranger

Rata-rata pengguna Facebook turut meluahkan rasa marah mereka dengan kejadian ini. Tak kira lah walau apa sebabnya, tidak patut untuk pemandu Ford Ranger itu memandu dalam keadaan yang laju begitu. Nasib baik juga tiada nyawa yang terkorban di dalam insiden ini.

Ini bukanlah kali pertama rakyat Malaysia berjumpa dengan pemandu ‘gila’ yang membawa kenderaan dalam keadaan bahaya. Sebelum ini, pemandu kereta Myvi biru ini memandu dengan sangat laju sehingga melanggar kenderaan lain. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: (Video) Pemandu Myvi Biru Memandu Dalam Keadaan Bahaya, Rupanya Larikan Kereta Dari Pemandu OKU

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...