(VIDEO) Penumpang Kereta Buka Pintu Tak Toleh Belakang, Penunggang Motosikal Pula Jadi Mangsa

Berita

(VIDEO) Penumpang Kereta Buka Pintu Tak Toleh Belakang, Penunggang Motosikal Pula Jadi Mangsa

Apabila berada di jalan raya, setiap pihak perlu mempunyai satu pemikiran dimana mereka tidak boleh bersikap sambil lewa dan perlu sentiasa awas dengan sekeliling mereka supaya dapat elak dari berlakunya kemalangan.

Petang semalam, tular sebuah rakaman dashcam menunjukkan dua orang penunggang motosikal berjantina wanita melanggar sebuah kenderaan Proton Axia apabila mereka cuba elak dari terlanggar pintu yang dibuka oleh kenderaan lain.

Advertisement

Tindakan penumpang Vios yang membuka pintu kereta tanpa menoleh kebelakang itu telah mengakibatkan penunggang motosikal melanggar kereta lain yang berada di lorong kiri.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di negeri Melaka dan apa yang membuatkan orang ramai tertanya-tanya adalah mengapa penumpang Vios terbabit membuka pintu ditengah jalan raya.

Dalam pada masa yang sama, ramai turut meluahkan rasa geram kerana tindakannya itu boleh menyebabkan kecederaan kepada kedua-dua wanita yang menaiki motor itu.

komen Facebook

Tambahan lagi, netizen turut berkata tindakan seperti ini tidak asing dilakukan oleh banyak pengguna jalan raya, malah ada kes-kes yang hingga berlakunya kecederaan parah dan paling teruk meninggal dunia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

"Tak Hadap Jadi Juri Program N*jis!" - Azwan Ali Akui Hanya Terima Tawaran Program Berkualiti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...