Apabila berada di jalan raya, setiap pihak perlu mempunyai satu pemikiran dimana mereka tidak boleh bersikap sambil lewa dan perlu sentiasa awas dengan sekeliling mereka supaya dapat elak dari berlakunya kemalangan.
Petang semalam, tular sebuah rakaman dashcam menunjukkan dua orang penunggang motosikal berjantina wanita melanggar sebuah kenderaan Proton Axia apabila mereka cuba elak dari terlanggar pintu yang dibuka oleh kenderaan lain.
Tindakan penumpang Vios yang membuka pintu kereta tanpa menoleh kebelakang itu telah mengakibatkan penunggang motosikal melanggar kereta lain yang berada di lorong kiri.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku di negeri Melaka dan apa yang membuatkan orang ramai tertanya-tanya adalah mengapa penumpang Vios terbabit membuka pintu ditengah jalan raya.
Dalam pada masa yang sama, ramai turut meluahkan rasa geram kerana tindakannya itu boleh menyebabkan kecederaan kepada kedua-dua wanita yang menaiki motor itu.
Tambahan lagi, netizen turut berkata tindakan seperti ini tidak asing dilakukan oleh banyak pengguna jalan raya, malah ada kes-kes yang hingga berlakunya kecederaan parah dan paling teruk meninggal dunia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.