(VIDEO) “Pengotor Betul” – Lelaki ‘Share’ Tips Jimat, Pulang Seluar Dah Dipakai Untuk Dapat ‘Refund’

Kehidupan

(VIDEO) “Pengotor Betul” – Lelaki ‘Share’ Tips Jimat, Pulang Seluar Dah Dipakai Untuk Dapat ‘Refund’

Jika anda membeli baju di mana-mana butik mahupun secara dalam talian, memang ada polisi buat pelanggan memulangkan kembali pakaian dalam tempoh tertentu asalkan resit pembelian masih disimpan dan tag tidak hilang.

Namun begitu, perkongsian seorang individu ini di Facebook mengundang pelbagai reaksi daripada netizen apabila dia berkongsi tips ‘jimat’ ketika membeli belah di butik terkenal seperti H&M.

Advertisement

H&M memang diketahui ada menganjurkan program kitar semula baju terpakai milik anda, hantar ke butik tersebut dan anda layak memiliki baucar diskaun sebanyak 15% bagi pembelian seterusnya.

Namun tips jimat keduanya mungkin mendatangkan rasa kurang senang netizen kerana dia mendakwa telah membeli sehelai seluar pendek di butik tersebut untuk dipakai ke sebuah majlis.

Katanya lagi, setelah selesai majlis, dia bertindak untuk memulangkan kembali seluar tersebut kerana tidak berguna lagi serta mahu duitnya dikembalikan.

Selain itu, lelaki itu memberi tips lain seperti tidak memotong tag harga dan menyimpan resit supaya urusan ‘refund’ berjalan dengan lancar.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen merasakan bahawa tindakan seperti itu tidak wajar dilakukan selain sikap tidak jujur lelaki itu yang telah menyalahgunakan polisi pemulangan barang yang ditawarkan butik tersebut.

FacebookSumber : Facebook  

 

 

“Macam jahat je, kau dah pakai seharian pastu kau return acah-acah baju tu bersalah pulak. Walhal kau dah enjoy. Kau ni pengotor kan.” komen seorang netizen.

Tak salah pulangkan kembali kalau tersilap saiz, tapi kalau sengaja tu kan dah jadi isu lain pula!

nasi kandar airport
3 years ago

“Mahalnya..” - Beli Nasi Kandar Di ‘Airport’ Kena Caj RM30, 'Posting' Wanita Ini Jadi Perdebatan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...