(VIDEO) “Pengotor Betul”- Geng Abang ‘Sado’ Pindah Air Dalam Mulut Dikecam Netizen

Hiburan

(VIDEO) “Pengotor Betul”- Geng Abang ‘Sado’ Pindah Air Dalam Mulut Dikecam Netizen

Tular di media sosial Twitter apabila sebuah video memaparkan beberapa orang lelaki yang sedang berada di gimnasium telah menerima pelbagai respon daripada netizen.

Dalam video tersebut, sekumpulan lelaki itu dilihat sedang membancuh air ‘supplement’ yang kebiasaanya diambil oleh individu yang aktif membina badan di pusat kecergasan.

Advertisement

Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila mereka membancuh ‘supplement‘ tersebut di dalam mulut.

Mereka kemudiannya ‘memindahkan’ air yang dibancuh dalam mulut salah seorang daripada mereka kepada kawan yang lain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geli dan jijik dengan kelakuan itu yang dianggap pengotor dan boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit.

TwitterSumber : Twitter  

“Patut la ada macam-macam penyakit, cacar monyet la apa lah..” komen seorang netizen.

Diharap senonoh sikit lah ya, tak pasal-pasal nanti ad apenyakit baru pula!

beli barang online
2 years ago

(VIDEO)"Lahh Ingatkan Besar" - Gelagat Ibu Beli Barang 'Online' Pertama Kali Ini Cuit Hati Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...