(VIDEO) Penginapan Mewah Neelofa Di Villa Bawah Laut Maldives, Harga Lebih RM 200,000 Satu Malam

Hiburan

(VIDEO) Penginapan Mewah Neelofa Di Villa Bawah Laut Maldives, Harga Lebih RM 200,000 Satu Malam

Pastinya setiap orang mempunyai impian untuk bercuti ke luar negara menikmati pemandangan indah dan cantik di pelbagai negara dan pada masa yang sama ingin mencuba benda baru.

Sedang menikmati percutian di Maldives, pelakon dan pengacara Neelofa sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila berpeluang untuk merasai pengalaman unik menginap di sebuah villa mewah dibawah laut.

Advertisement

Dikelilingi lautan biru dan pelbagai hidupan laut serta bilik tidur yang lengkap dengan ciri dan teknologi moden dengan kelasnya tersendiri, penginapan yang dikenali sebagai The Muraka undersea villa yang didiami Neelofa berharga 50,000 USD ataupun lebih kurang RM 200,000 untuk satu malam. Fuh!


Wah, bertuah Neelofa kerana dapat merasai pengalaman yang sangat menarik. Dengan statusnya sebagai seorang usahawan berjaya, memang Neelofa lebih daripada mampu untuk menginap di villa mewah tersebut.

Sumber Berita : Instagram Neelofa & Bloomberg

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...