(Video) Penghantar Makanan Terpelanting Dilanggar Pemandu BMW Yang Menukar Lorong Secara Mengejut

Trending

(Video) Penghantar Makanan Terpelanting Dilanggar Pemandu BMW Yang Menukar Lorong Secara Mengejut

Semalam, sebuah video kemalangan jalan raya tular selepas dikongsikan di laman Facebook. Di dalam video itu, seorang penunggang motorsikal yang juga merupakan penghantar makanan terpelanting jauh dilanggar pemandu kereta BMW.

Di dalam kejadian itu, pemandu BMW itu dilihat menukar lorong secara mengejut dan mengakibatkan penunggang motorsikal tersebut melanggar belakang keretanya. Rempuhan itu berlaku disebabkan pemandu kereta itu yang secara tiba-tiba mahu mengambil susur keluar di lorong kiri.

Advertisement

Perkongsian itu dikongsi oleh rakan mangsa dimana mereka kini sedang mencari pemandu BMW itu yang melarikan diri selepas kejadian. Walaupun penunggang motorsikal itu jelas dilihat terpelanting akibat pelanggaran itu namun pemandu BMW itu tidak memberhentikan keretanya untuk membantu.

Diakui, saudara nizam melakukan kesalahan kerana tidak menggunakan laluan motor. Tetapi kami sangat RALAT, pemandu tersebut tidak bertanggungjawab atas kelalaiannya dan hanya TENGOK sahaja saudara Nizam TERKULAI di atas jalan raya.

Impak daripada kemalangan ini telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dalaman dan patah bahu kiri. Buat masa ini, mereka ingin mencari pemandu kereta terbabit untuk bertanggungjawab di atas insiden ini. Semasa kejadian, mangsa dikhabarkan sedang dalam perjalanan menghantar pesanan makanan pelanggan.

penghantar makanan

Tidak dapat dinafikan kemalangan sememangnya boleh berlaku di mana-mana sahaja walaupun kita sudah berhati-hati. Sebelum ini, seorang penunggang motorsikal dirempuh oleh pemandu Ford Ranger walaupun sudah memandu dengan cermat di lorong motorsikal.

Artikel berkaitan: (Video) Penunggang Motorsikal Jatuh Berguling Dirempuh Ford Ranger Yang Bawa Kereta Laju Tak Ingat Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...