(Video) Penghantar Makanan Sebak Apabila Pelanggan Belanja Kek Sempena Hari Jadinya

Kehidupan

(Video) Penghantar Makanan Sebak Apabila Pelanggan Belanja Kek Sempena Hari Jadinya

Bekerja sebagai penghantar makanan bukanlah sesuatu yang senang lagi-lagi semasa tempoh kuarantin yang dilakukan di beberapa negara. Selain daripada petugas barisan hadapan, tugas penghantar makanan juga sama-sama penting dalam memastikan orang ramai kekal di rumah semasa tempoh kritikal ini.

Perkara menyentuh hati berlaku pada seorang penghantar makanan di Wuhan apabila dia mendapat kejutan sempena hari jadinya. Oleh kerana terlalu sibuk bekerja, dia tidak ada masa untuk meraikan hari jadinya bersama keluarga ditambah dengan permintaan pelanggan yang meningkat.

Advertisement

Terima kejutan dari pelanggan

penghantar makanan

Dia telah menerima pesanan sebiji kek daripada pelanggannya untuk diambil di sebuah bakeri. Sebaik sahaja dia tiba untuk mengambil pesanan itu, pekerja di bakeri tersebut memberitahu kek tersebut adalah milik penghantar makanan tersebut.

Pekerja itu memberitahu pelanggan telah memesan kek tersebut untuk diserahkan kepada penghantar makanan yang mengambil pesanannya itu. Penghantar makanan tersebut beberapa kali bertanyakan kepada pekerja tersebut kerana tidak percaya ia dihadiahkan kepadanya.

Oleh kerana terlalu kuat bekerja, penghantar makanan tersebut tidak sedar hari tersebut adalah hari jadinya.

penghantar makanan

Di dalam nota yang dipesan oleh pelanggannya memberitahu dia sengaja menempah pesanan tersebut dan meminta penghantar makanan tersebut mengambil masa untuk makan sebentar. Dia kemudian keluar daripada bakeri tersebut dan duduk di satu sudut untuk menikmati kek tersebut.

Dia turut memasang lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada dirinya sebelum menikmatinya seorang diri. 

penghantar makanan

Dia turut kelihatan mengesat air matanya sewaktu menyambut hari jadinya itu. Kejadian tersebut tular selepas dikongsikan di Weibo dan ramai yang turut sebak melihat insiden menyentuh hati itu. Orang ramai turut berharap lebih ramai lagi yang boleh melakukan perkara yang sama bagi menghargai jasa penghantar makanan.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah:

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...