Seorang pesakit jantung yang mengalami komplikasi akibat ketagihan vape sempat berkongsi pesanan terakhir mengenai bahaya rokok elektronik itu sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.15 pagi semalam.
Dalam satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @radzirockrider, lelaki berusia 44 tahun itu seorang pesara menceritakan detik sukar yang dilalui sepanjang empat tahun menggunakan vape, yang asalnya bermula kerana tekanan kerja.
Jantung saya tinggal tiga peratus untuk berfungsi. Saya terpaksa ditidurkan dan diberi oksigen untuk diselamatkan. Dua minggu lepas dimasukkan ke wad sebab jantung lemah.
Saya hisap vape sampai sebelah tangan pegang vape, sebelah lagi pegang pemegang motosikal. Bila berhenti hisap vape selama dua hari, saya sesak nafas kerana jantung lemah, kemudian dibawa ke hospital.
Dia turut menceritakan bagaimana keadaannya menjadi semakin tenat sehingga memerlukan bantuan oksigen dan prosedur menebuk paru-paru bagi mengeluarkan cecair kuning dan nanah, sebelum sempat menyampaikan nasihat terakhirnya.
“Kepada orang muda, berhentilah hisap vape, masih ada masa dan peluang,” ucapnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sebak dan menjadikan kisah itu sebagai iktibar.
Terima kasih kerana berkongsi. Moga jadi pengajaran buat kita semua. Moga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.