(Video) Pengawal Keselamatan Dibelasah Dengan Kayu Golf Oleh Lelaki Berang

Trending

(Video) Pengawal Keselamatan Dibelasah Dengan Kayu Golf Oleh Lelaki Berang

Kita semua tahu bahawa parkir di petak OKU adalah tidak dibenarkan untuk orang normal melainkan mereka yang mengalami kecacatan kekal.

Tular baru-baru ini sebuah video seorang lelaki memukul pengawal keselamatan dengan kayu golf kerana berang ditegur parkir kereta di petak OKU.

Advertisement


Menurut Berita Harian kejadian ini berlaku apabila pengawal warga Nepal itu sedang meronda sebelum mendapati sebuah kereta jenis Honda Jazz diletak di tempat letak kereta OKU.

Pengawal tersebut bertindak mengunci tayar kenderaan berkenaan, namun setengah jam selepas itu, dua lelaki datang kepadanya dan meminta untuk membuka kunci berkenaan.

Mangsa menyatakan bahawa mereka perlu membayar denda di pejabat pengurusan tetapi kedua-dua lelaki berkenaan tidak menghiraukannya sebelum merosakkan kunci terbabit.

Mangsa menegur tindakan dua lelaki itu dan seorang daripadanya memarahi pengawal keselamatan berkenaan dan menumbuk mukanya.

kereta honda Jazz dikunci

Kelihatan dalam video ini, lelaki berambut kuning jagung membelasah pengawal keselamatan dengan mengambil kayu golf dari dalam kenderaan beliau sebelum menghayunkan ke arah mangsa hingga menyebabkan kecederaan.

Dikatakan pengawal keselamatan warga Nepal terbabit mengalami kecederaan di lengan dan telinga kanan akibat dipukul suspek.

Polis berjaya menahan suspek berusia 24 tahun yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah untuk siasatan lanjut.

Mangsa kini masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kecederaan yang dialaminya. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: Twitter, Berita Harian

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...