(Video) Pengasas Kecantikan Mengamuk Di IKEA Gara-Gara Tak Dibenarkan Masuk

Trending

(Video) Pengasas Kecantikan Mengamuk Di IKEA Gara-Gara Tak Dibenarkan Masuk

Tular di media sosial ketika ini, video seorang pengasas kecantikan iaitu CekNon yang mengamuk di sebuah pusat membeli belah. Di dalam video berdurasi satu minit lebih itu, wanita itu dilihat menjerit pada pengawal keselamatan selepas tidak dibenarkan masuk.

Difahamkan, CekNon bersama adiknya tidak dibenarkan masuk kerana salah seorang dari mereka tidak memakai topeng muka. Seperti yang kita semua tahu, pemakaian topeng muka adalah diwajibkan di mana-mana kawasan awam sebagai usaha membendung penularan COVID-19.

Advertisement

Mengikut pada perkongsian individu yang mendakwa rakan kepada pengasas kecantikan ini, pengawal keselamatan meminta mereka membeli topeng muka dahulu sebelum dibenarkan masuk. Tidak berpuas hati dengan arahan itu, CekNon mula mengamuk dan meminta diberikan topeng muka yang disediakan.

instagram

Video tersebut kemudian tular dikongsikan di mana rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu. Memandangkan, sekarang ini memang diwajibkan memakai topeng muka setiap kali mahu keluar dari rumah tidak kira lah mahu ke kedai runcit sekalipun.

Apa yang membangkitkan kemarahan ramai adalah layanan yang tidak sepatutnya diberikan kepada pengawal keselamatan dalam situasi ini. Dalam hal ini, sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik dan tak perlu menjerit-jerit begini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...