Tular di media sosial ketika ini, video seorang pengasas kecantikan iaitu CekNon yang mengamuk di sebuah pusat membeli belah. Di dalam video berdurasi satu minit lebih itu, wanita itu dilihat menjerit pada pengawal keselamatan selepas tidak dibenarkan masuk.
Difahamkan, CekNon bersama adiknya tidak dibenarkan masuk kerana salah seorang dari mereka tidak memakai topeng muka. Seperti yang kita semua tahu, pemakaian topeng muka adalah diwajibkan di mana-mana kawasan awam sebagai usaha membendung penularan COVID-19.
Video tersebut kemudian tular dikongsikan di mana rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu. Memandangkan, sekarang ini memang diwajibkan memakai topeng muka setiap kali mahu keluar dari rumah tidak kira lah mahu ke kedai runcit sekalipun.
yg record tu (kawan or adik not so sure) tak pakai mask, so kakak dia melenting sbb macam membazir masa kot for them to keluar parking mall semata2 nak beli satu mask.
— guitar ? (@PuteriHidayah10) July 16, 2020
Malunya perangai mcm ni..kenapa suka2 nak marah security mcm tu? Mentang2 security bkn warganegara kau boleh sukati nak tengking? Tak paham betul
— ifti | breenabeauty (@nidurakiys) July 16, 2020
Pak guard yang dimaki tu pun manusia, walaupun dia warga asing.
Walaupun dia warga asing tak bermakna boleh dimaki sesuka hati.
Tak boleh cakap elok2 ke.
Mana hilang adab sebahagian manusia zaman sekarang ni. ?
— Orang Bermanfaat (@orgbermanfaat01) July 16, 2020
Alahai, even diorg asal daripada bangladesh pun, awk berdua takde hak nak maki2 org macm tu. Diorg cuma jalankan tugas. Bodoh2kan orang tapi terserlah kebodohan sendiri. Buat malu org melayu je lah ?
— nurul (@Sya_mddawi) July 17, 2020
Apa yang membangkitkan kemarahan ramai adalah layanan yang tidak sepatutnya diberikan kepada pengawal keselamatan dalam situasi ini. Dalam hal ini, sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik dan tak perlu menjerit-jerit begini.