(VIDEO) Pengantin Lelaki Batal Akad Nikah, Pengantin Perempuan Tersungkur Di Hadapan Pejabat Agama – “Apa Salah Aku??”

Kehidupan

(VIDEO) Pengantin Lelaki Batal Akad Nikah, Pengantin Perempuan Tersungkur Di Hadapan Pejabat Agama – “Apa Salah Aku??”

Satu video menjadi tular di TikTok apabila seorang pengantin lelaki yang ditemani beberapa ahli keluarga keluar dari Pejabat Agama setelah membatalkan perkahwinan.

Dia dilihat meninggalkan bakal isterinya itu tanpa menoleh ke belakang dan pengantin perempuan kemudiannya jatuh tersungkur ketika mengejar bakal suaminya itu.

Advertisement

Meskipun terjatuh dan tersungkur, pengantin lelaki dilihat tidak menghiraukan wanita itu dan terus pulang.

Wanita itu kemudiannya meluahkan rasa kecewa di TikTok sehingga menjadi bualan ramai netizen di media sosial.

Menurut wanita itu, mereka berdua dalam keadaan baik sebelum waktu akad nikah yang dijadualkan pada pagi itu.

3 September hari yang aku sangka menjadi hari bahagia bertukar jadi hari paling menyakitkan. Bila masa akad nikah kau boleh bagi jawapan yang kau tak setuju untuk menikah.

Kau terus tinggalkan aku sampai aku pengsan depan kau pun sikit pun kau tak peduli kata famili aku. Apa salah aku dekat kau? Sampai kau tergamak buat aku macam ni.

Wanita itu turut mendakwa bakal suaminya itu telah memburukkan perihal dirinya bagi menutup kesalahan diri sendiri.

@syasyaamandaa

sebelum nak judge orang cuba letak diri awak semua dekat tempat saya , apa perasaan awak kalau ada dekat situation saya ?

? Izin Sayang JasminSopeah – ainaazaini ???

Dakwanya lagi, dia banyak menanggung kehidupan lelaki tersebut dan berkorban dalam penyediaan majlis kahwin.

Kejam sangat apa yang kau buat dekat aku. Masa aku merayu dekat kau masa hari nikah, kau tepis aku. Keluarga kau tolak aku seolah-olah aku ni tak ada maruah dan harga diri.

Sementara itu, tular pula satu laporan polis dibuat oleh keluarga pengantin lelaki di mana mereka mendakwa lelaki itu telah dilarikan dan disembunyikan oleh wanita berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-09-05 11:02:54

"Kebenaran Lambat Laun Akan..." – Afi Hamri Mohon Doa Netizen Hadapi Saman RM5 Juta Dari Fattah Amin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...