(VIDEO) Pengamal Perubatan Islam Dedah Artis Lelaki Pakai Susuk Emas, Cuba Buang Tapi Gagal – “Jarum Tak Nak Keluar…”

Kehidupan

(VIDEO) Pengamal Perubatan Islam Dedah Artis Lelaki Pakai Susuk Emas, Cuba Buang Tapi Gagal – “Jarum Tak Nak Keluar…”

Seorang selebriti lelaki menyesali perbuatannya memakai susuk untuk raih populariti dan memudahkan kerjaya seni.

Menurut pengamal perubatan Islam, Faridzuan Jamaludin, selebriti itu datang dari Singapura untuk membuang susuk emas yang sudah dipakai puluhan tahun.

Advertisement

Seorang artis lelaki yang sudah bertaubat, datang dari Singapura berjumpa saya mohon berikhtiar membantunya untuk mengeluarkan jarum susuk emas.

Susuk itu dikatakan memberi pemakai kelebihan seperti suara sedap, pemanis mulut, pelaris, dan memudahkan dapat kerja seni. Namun, selepas lama memakainya, selebriti itu mula rasa gelisah dan tertekan walaupun sudah ada segalanya.

Apabila semakin berusia dia rasa tidak tenteram hati, gelisah, serabut, sedih dan sebagainya… malahan diri menjadi tertekan dan semakin serabut, walaupun sudah ada segalanya.

Walaupun sudah cuba pelbagai kaedah dan menghabiskan ribuan ringgit, susuk itu sukar dikeluarkan.

artis lelaki pakai susuk

Dia berikhtiar mencari perawat untuk buang susuk ini, tetapi masih belum di izinkan Allah walaupun pelbagai kaedah telah mencuba, sehingga habis ribuan ringgit tetap jarum ini tidak mahu keluar.

Akhirnya, selepas pengamal melemahkan khadam susuk tersebut, jarum berjaya dikeluarkan dengan izin Allah.

Syukur pada Allah… saya cuba melemahkan khadam susuk itu dan menarik serta mengeluarkan jarum susuk tersebut dengan izin Allah Taala.

Selepas itu, selebriti tersebut sangat bersyukur dan berazam untuk bertaubat serta beribadah dengan sempurna.

Apabila jarum susuk itu sudah keluar, pesakit sangat-sangat bersyukur kepada Allah kerana berniat mahu bertaubat dan beramal ibadah dengan sempurna serta menyesali perbuatannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-08-12 08:57:19

"'Title' Awak Atas Anak Saya, Tak Bermakna Kamu Ada Hak Mutlak" - Posting Fazura Undang Perhatian Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...