Pengacara Azmi Jamsari meluahkan rasa kesal apabila melihat masyarakat kini menormalisasikan gaya hidup moden sehingga mengabaikan amalan lama yang dipercayai dapat mengelakkan gangguan makhluk halus.
Menerusi perkongsian di TikTok, Azmi mempersoalkan trend reka bentuk rumah masa kini yang meletakkan tandas di dalam rumah.
Kenapa buat tandas dalam rumah? Itu tempat siapa? Kita bawa dia (makhluk halus) masuk dalam rumah. Kita mengamalkan budaya hidup siapa?
Kita ambil mudah kehidupan yang diamalkan orang lain. Contoh, macam dulu tandas di luar. Kalau kena kacau pun tak heran, tandas itu rumah dia.
Menurut Azmi, tandas merupakan tempat yang didiami makhluk halus, justeru ia sepatutnya dibina di luar rumah seperti amalan masyarakat terdahulu.
Beliau menambah, banyak amalan orang dahulu wajar dijadikan pengajaran, termasuk menutup tingkap dan pintu ketika waktu maghrib bagi mengelakkan gangguan.
Kita kena elakkan. Sebab itu orang dulu mereka letak tandas di luar rumah. Mereka tutup tingkap dan pintu apabila maghrib tapi kita tak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.