Nama Sugu Pavithra kini sudah tidak asing lagi dikalangan pelayar Youtube Malaysia. Dia dan suaminya meraih perhatian dan sokongan hampir keseluruhan rakyat Malaysia. Yang lebih membanggakan lagi apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri turut menghantarkad kad ucapan serta hadiah sebagai tanda sokongan kepada Pavithra.
Sugu Pavithra Terima Kad Ucapan Dan Hadiah Tripod Daripada Perdana Menteri
Pasti ramai yang tertanya-tanya, berapakah pendapatan Pavithra di Youtube kini selepas meraih lebih 500 ribu subscribers?
Seorang YouTuber Juzairi Share, mendedahkan anggaran bulanan yang diperolehi oleh saluran Youtube Sugu Pavithra ini.
Berkongsikan anggaran itu di saluran Youtube miliknya, Juzairi mendedahkan bahawa pendapatan yang diperolehi oleh Pavithra boleh mencecah sehingga RM 144,000 sebulan.

Anggaran ini adalah berdasarkan data dari laman web Socialblade yang boleh menganalisis jumlah pendapatan melalui bilangan subscribers dan kiraan muat naik video.
Semoga pasangan ini terus dilimpahi rezeki dan dapat berkongsi lebih banyak resepi menarik kepada orang ramai.
Jom like Facebook & follow Twitter Amazing Nara bagi mendapatkan berita dan cerita terkini lagi sensasi di seluruh dunia.