(Video) Pencinta Kucing Menangis Meraung-Raung Melihat Kucing Kesayangan Hanya Tinggal Jasad

Trending

(Video) Pencinta Kucing Menangis Meraung-Raung Melihat Kucing Kesayangan Hanya Tinggal Jasad

Bagi seorang pencinta kucing, kehilangan atau kematian kucing peliharaan diibaratkan sama seperti kehilangan ahli keluarga. Setiap kucing yang dijaga pastinya memiliki tempat yang istimewa untuk setiap ahli keluarga dan memori membesarkan mereka pasti tak dapat dilupakan.

Seperti pencinta kucing yang lain, lelaki ini tidak dapat menahan rasa sedih apabila melihat jasad kucing peliharaannya terkulai layu sehinggakan dia menangis meraung-raung sebaik melihat jasadnya. Video yang dikongsikan di media sosial itu membuatkan netizen ikut sama berasa sebak dan turut merasai kesedihannya.

Advertisement

Tengah kerja, along datang panggil teriak nama, my brother show my cat already dead a few hours sebab tak tahu. 5 years saya bela dia dari kecik sampai ke besar. I never cry like this before just for “Something” , maafkan abang, Amy sayang.

Lima tahun bela

Kucing bernama Amy itu sudah lima tahun dibela oleh lelaki ini dan kini dia mati secara tiba-tiba tanpa diketahui punca sebenar kematian. Berita kematian kucingnya itu dimaklumkan oleh abangnya ketika dia sedang bekerja. Kucing tersebut sudah dibela sejak ianya masih kecil lagi sehinggalah sudah melahirkan beberapa ekor anak.

Minggu lepas last time kami berdua dating pergi grooming dia. Dapat jugak abang groom awak sayang before takda.

Netizen sebak

Di dalam perkongsian itu, netizen juga merasai kesedihannya selain turut berkongsikan pengalaman kehilangan kucing peliharaan mereka. Ternyata, bukan mudah untuk menerima hakikat kucing yang sudah dibela untuk sekian lamanya sudah tiada lagi.





Video yang dikongsi ini telah mendapat lebih 22 ribu retweet dan 24 ribu likes di laman Twitter. Selain berkongsikan pengalaman sedih kehilangan kucing mereka, netizen turut mengucapkan salam takziah kepada lelaki tersebut atas kehilangan itu.

Sebelum ini, netizen berkongsikan kisah makanan diberikan kepada kucing dan anjing jalanan yang mengandungi paku dan jarum. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Umpan Untuk Aniaya Kucing Dan Anjing Jalanan, Roti Dan Sosej Disumbat Paku Dan Jarum 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...