Selamat kembali kepada pejuang dalam permainan video popular Command & Conquer (C&C). Semperna meraikan Ulang Tahun ke-25 C&C, Electronic Arts kini membawakan Command & Conquer Remastered Collection melalui aplikasi Origin dan Steam. Kompilasi baru istimewa ini merangkumi, permainan C&C: Tiberian Dawn dan C&C: Red Alert berserta 3 pek expansion (Covert Ops, Counterstrike dan The Aftermath) ini dijadualkan derada di pasaran dalam beberapa jam sahaja lagi.
Selamat kembali, Komander
Bagi peminat siri C&C, pastinya mengenali Kane sebagai tokoh ikonik. Dimainkan oleh Joe Kucan, supervillain ini telah menjadi dalang di sebalik kumpulan Brotherhood of Nod yang jahat sepanjang francais permainan ini, bermula pada tahun 1996 dengan salah satu tajuk awal dalam siri ini iaitu Red Alert. Kane telah muncul di keempat-empat tajuk utama C&C dan kini dia mempunyai mesej kepada anda.
Kompilasi game bercorak strategi real-time ini memapaparkan grafik serta tekstur remastered dengan sokongan resolusi 4K termasuk soundtrack berdurasi lebih 7 jam dihasilkan kembali oleh komposer asal terkenal Frank Klepacki.
Anda boleh membuat pra pesanan sekarang! C&C Remastered dijual pada harga USD19.99 / anggaran RM87 manakala versi Special Edition (fizikal) USD59.99 / anggaran RM260 dan versi 25th Anniversary Edition (fizikal) pada harga USD149.99 / anggaran RM650.
Jadi tidak kira sama ada anda merupakan peminat, musuh, atau sekutu pada Kane , misi anda akan bermula pada jam 1 pagi malam ini, 6 Jun 2020 (waktu Malaysia).
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.