Pernah tak masa anda memandu di lebuh raya, ada ternampak objek di tengah jalan? Kadang-kadang objek yang ‘tertinggal’ atau mungkin terjatuh dari kenderaan boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Baru-baru ini pula, tular video seorang pemuda yang ‘berani mati’ turun dari keretanya semata-mata untuk alihkan objek besar di tengah jalan. Rasanya tak ramai yang sanggup buat benda yang sama sebab memang membahayakan.
Ternampak objek tengah jalan

Kredit: Facebook
Lelaki yang sedang memandu kereta tersebut mengundurkan keretanya perlahan-lahan apabila ternampak objek besi di tengah jalan. Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan, dia berlari ke tengah jalan untuk mengalihkan objek itu.

Kredit: Facebook
Selepas mengangkat objek besi itu, dia berhadapan dengan situasi bahaya untuk melintas jalan semula apabila kenderaan melulu ke hadapan. Sampaikan pada satu saat, dia hampir-hampir saja dilanggar kenderaan lain!

Kredit: Facebook
Memang mendebarkan. Tapi akhirnya, lelaki itu berjaya melintas jalan dengan selamatnya dan meletakkan objek besi itu di tepi jalan. Sikap berani lelaki ini turut membuatkan netizen kagum dengan keberanian dan sikap prihatinnya itu. Jika objek itu dibiarkan sahaja, akan memudaratkan pengguna jalan raya yang lain.