(Video) Peminat P Ramlee Dari Australia Dendangkan Lagu ‘Getaran Jiwa’

Kehidupan

(Video) Peminat P Ramlee Dari Australia Dendangkan Lagu ‘Getaran Jiwa’

Alunan muzik Getaran Jiwa dendangan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang begitu lembut mampu menambat hati sesiapa sahaja yang mendengar lagu ini.

Hasil karya P Ramlee bukan sahaja diiktiraf di Malaysia, bahkan juga di luar negara antaranya Indonesia dan Brunei.

Advertisement

Lagu-lagunya juga masih menjadi siulan ramai dan cukup terkenal hingga hari ini.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan laman Facebook ERA (Malaysia), memaparkan pasangan pemuzik jalanan dari Australia mendendangkan lagu ‘Getaran Jiwa’ nyanyian asal Tan Sri P.Ramlee.

Lirik yang ditulis S Sudarmaji pada 1960-an dimainkan pasangan pemuzik jalanan Australia melalui inteprestasi klasik mereka, amat menghiburkan mereka yang lalu lalang.

lirik lagu

P Ramlee

Karya seni seniman agung Almarhum Tan Sri P.Ramlee cukup hebat sekali. Lagu ini juga pernah dinyanyikan semula Datuk Sheila Majid dan kumpulan muzik KRU.

Malah, ia juga pernah dialih bahasa kepada bahasa Inggeris oleh penyanyi Roland Kent Lavoie (Lobo) melalui lagu Whispers In The Wind pada 1970-an.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...