Peminat tegar drama Korea pasti mengenali Park Bo Gum. Hujung minggu lalu beliau datang ke Malaysia bersempena dengan Park Bo Gum Asia Tour dan telah memukau peminatnya dengan persembahan yang cukup istimewa.
Park Bo Gum telah menyanyikan lagu Belaian Jiwa (nyanyian asal kumpulan Carefree dan kemudiannya dinyanyikan semula oleh kumpulan Innuendo) dengan cukup merdu sekali dengan iringan piano yang dimainkannya sendiri.
Kini nama beliau trending di Twitter dan menerima pelbagai komen positif daripada netizen. Kata orang, memang Park Bo Gum mempunyai pakej yang lengkap, bukan sahaja mempunyai wajah yang kacak tetapi beliau juga sangat berbakat.
Kredit Video : YouTube EH Malaysia

Makcik puaka
April 5, 2019 at 1:45 pm
ramai jugak bangla kat malaysia ni boleh nyanyi lagu melayu. tapi tak ada pulak ke yang terpukau? hmmm….
Aku
April 1, 2019 at 5:40 pm
Agak sikit nyanyian asal kumpulan Innuendo. Nyanyian asal kumpulan Carefree. Aduhh.
Anonymous
April 1, 2019 at 3:44 pm
muka dn jari tangan jauh benor beza nye..