(VIDEO) Pemilik Kedai Tampar Rider Makanan Di Hadapan Orang Ramai Undang Kecaman Netizen

Trending

(VIDEO) Pemilik Kedai Tampar Rider Makanan Di Hadapan Orang Ramai Undang Kecaman Netizen

Banyak perkongsian yang diperoleh menerusi kisah-kisah rider makanan. Sudah pasti terdapat banyak cabaran yang perlu dilalui menjadi seorang rider makanan seperti ragam pelanggan, keselamatan di jalan raya termasuklah ragam dan sikap pemilik kedai itu tersendiri.

Seperti yang sedia maklum, rider makanan kebanyakannya ingin ‘kejar masa’ untuk menghantar makanan kepada pelanggan. Apabila waktu kemuncak, sudah pasti order yang masuk akan bertambah kerana pelanggan hanya akan memilih untuk order secara online untuk elak kesesakan jalan raya.

Advertisement

Walaupun pesanan makanan yang masuk banyak di premis makanan bukan bererti ‘lesen’ untuk pemilik kedai membuat sewenang-wenang kepada rider makanan. Hal ini berhubung dengan satu kejadian yang dikongsi melalui group Facebook Warga Kota Damansara yang menunjukkan seorang pemilik kedai bertindak menampar rider makanan.

Menerusi satu komen di Facebook, ada individu mengatakan ini punca sebenar pertelingkahan itu berlaku

Akibat daripada itu, tindakan lelaki yang dipercayai pemilik kedai itu mengundang kecaman yang hebat daripada warganet kerana sikapnya itu.

Walaupun ditampar di hadapan orang ramai, rider berkenaan memilih untuk diam serta sabar dan tidak membalas perbuatan pemilik kedai berkenaan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...