(Video) : Pembina Badan Ini Nak Kelihatan Sado, Sanggup Cucuk “Body” Dengan Minyak.

Trending

(Video) : Pembina Badan Ini Nak Kelihatan Sado, Sanggup Cucuk “Body” Dengan Minyak.

Sejak dari kecil, impiannya nak kelihatan seperti hero Arnold Schwarzenegger atau the Hulk. Oleh dengan demikian, ahli bina badan Valdir Segato mengambil keputusan untuk mencucuk ototnya dengan minyak untuk mempercepatkan impiannya untuk menjadi popular dengan badan sado.

Advertisement

Berat badannya telah bertambah sebanyak 25kg hasil dari injeksi synthol yang menyakitkan. Biarpun tahu perkara itu boleh membawa maut dan hanya membuat ‘otot sado palsu’, Valdir berkata dia sangat bangga apabila orang memandangnya di jalanan.

“Saya rasa seperti mimpi jadi kenyataan. Kamu lihat badan kamu dan saksikan ia naik, jadi kamu inginkannya lagi”, kata Valdir.

Valdir, 48, mula menyucuk dirinya dengan minyak yang mungkin boleh membawa risiko itu lima tahun yang lalu. Sejak dari itu, saiz lengannya bertambah dari 12 inchi dan dia inginkan yang lagi besar.

Pekerja binaan dari Sao Paulo, Brazil itu berkata di bangga dikenali sebagai ‘He-Man’ dan raksaksa oleh masyarakat tempatan.

Menurut Valdir, dia dahulunya seorang penagih dadah dan badannya hanya tinggal sekeping tulang. Bagi mengubah hidupnya, Valdir mula ke gym dan dari situlah dia dikenalkan dengan minyak tersebut oleh seorang pengguna lain.

“Minyak itu biasanya estetik, ia membentuk badan dan membuatkan otot bengkak – ia tidak menjadikan seseorang lebih kuat

“Doktor menyuruh saya berhenti tapi ianya keputusan saya kerana saya mahukan dan sukakannya”, kata Valdir yang menyedari minyak itu boleh membunuhnya.

Sumber : Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...