(VIDEO) Pembantu Rumah Terharu Dapat Gelang Emas Daripada Majikan Tanda Terima Kasih

Trending

(VIDEO) Pembantu Rumah Terharu Dapat Gelang Emas Daripada Majikan Tanda Terima Kasih

Setiap pekerja pasti akan berasa gembira dan dihargai jika dikelilingi dengan orang yang baik-baik terutamanya majikan mereka. Hal itu akan membuatkan mereka akan bertahan lama dan setia untuk bekerja dengan majikan.

Hal ini berhubung dengan seorang wanita telah memberikan gelang tangan emas kepada pembantu rumahnya kerana telah berkhidmat lama kepada keluarganya.

Advertisement

Video yang dimuat naik di laman TikTok memperlihat seorang wanita yang dipercayai majikan pembantu rumah tersebut menghadiahkan gelang emas bernilai RM 4,700. Majikannya siap memakaikan gelang tersebut di lengan pembantu rumahnya sambil pembantu rumahnya mengelap air mata kerana terharu.

Difahamkan, pembantu rumah berkenaan telah berkhidmat selama lima tahun dan dia berasa gembira kerana mendapat hadiah yang cukup bernilai daripada majikannya sebagai tanda terima kasih.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji pembantu rumah berkenaan kerana bertuah mendapat majikan yang baik juga turut mendoakan majikan tersebut agar sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...