(Video) : Pembantu Rumah Dirasuk Lepas Keluar Bilik Air, Ini Kelakuan Aneh Yang Dirakam CCTV

Trending

(Video) : Pembantu Rumah Dirasuk Lepas Keluar Bilik Air, Ini Kelakuan Aneh Yang Dirakam CCTV

Seorang pemilik sebuah rumah berkongsi rakaman CCTV seram memaparkan seorang pembantu rumahnya dirasuk dan melakukan aksi-aksi aneh di dalam rumahnya yang terletak di Singapura.

Advertisement

Pemilik rumah yang dikenali sebagai Nurul Baker berkata, keluarganya bernasib baik kerana tidak berada di rumah ketika itu.

Menurut Nurul, dia ketika itu sedang bekerja dan anak-anak dan ibunya tiada di rumah ketika itu. Turut difahamkan, wanita itu berkelakuan pelik selepas keluar dari bilik air rumahnya.

Bagaimanapun, tidak diceritakan apa yang berlaku kepada pembantu rumah itu selepas kejadian tetapi di akhir klip video, pembantu rumah itu kelihatan terbaring seperti tidak sedarkan diri.

Video kejadian itu dimuat naik di media sosial sekaligus menjadi viral di media sosial itu.

Tonton video tersebut dibawah:

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...