Seorang pemandu Uber mendakwa dicabul penumpangnya dalam kejadian di Lebuh Raya Maju Expressway Sdn. Bhd. (MEX).
Dalam kejadian pukul 9.58 pagi itu, pemandu Uber terbabit iaitu seorang lelaki berusia 41 tahun mengambil penumpang lelaki berkenaan dari Jalan Klang Lama untuk dihantar ke sebuah kondominium di Sri Petaling, dekat sini.
Bagaimanapun menurut mangsa, ketika dalam perjalanan, penumpang tersebut tiba-tiba memegang kemaluannya dengan sengaja.
“Saya terkejut dan memarahinya namun lelaki itu hanya tersenyum. Bagaimanapun saya meneruskan pemanduan sehingga tiba ke kondominium berkenaan walaupun berasa takut.”
“Setelah tiba, lelaki itu hanya keluar dari kenderaan saya tanpa berkata apa-apa. Dia tidak membayar tambang secara tunai kerana menggunakan transaksi kad kredit,” katanya.
Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sri Petaling oleh pemandu Uber tersebut.
Sumber : Utusan Online