(Video) Pemandu Myvi Biru Memandu Dalam Keadaan Bahaya, Rupanya Larikan Kereta Dari Lelaki OKU

Trending

(Video) Pemandu Myvi Biru Memandu Dalam Keadaan Bahaya, Rupanya Larikan Kereta Dari Lelaki OKU

Sekarang ini tular di media sosial, video adegan kejar mengejar di atas jalan raya diantara beberapa penunggang motorsikal dan sebuah kereta Myvi berwarna biru. Di dalam video yang dikongsikan, pemandu Myvi tersebut memandu dalam keadaan yang sangat bahaya dan melanggar beberapa kenderaan lain.

Mencuri kereta OKU

Rupa-rupanya kereta Myvi tersebut adalah milik seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dicuri dan dibawa lari. Kejadian ini turut disaksikan oleh seorang pemandu Grab Food yang berada di tempat tersebut.

“Suspek yang berusia 25 tahun telah menolak keluar mangsa, seorang orang kelainan upaya (OKU), daripada kereta, melalui pintu depan kiri. Selepas itu, saksi bertindak mengejar suspek dan mengarahkan untuk memberhentikan kenderaan. Namun, tidak diendahkan suspek.”

Ketika melarikan diri, suspek telah melanggar empat buah kenderaan sepanjang Jalan Pudu. Walaupun tiada kecederaan dilaporkan pada pemandu kenderaan yang lain, pemandu Myvi tersebut mengalami kecederaan di kepala.

Pemandu ditahan

Atas bantuan orang awam yang membantu mengejar suspek, dia akhirnya berjaya ditahan dan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Semasa diberkas, suspek meninggalkan kad pengenalan dan kad anggota JPJ di dalam kereta.

Kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Setakat ini, belum ada kesahihan tentang kebenaran di sebalik kereta Myvi yang didakwa dicuri dari lelaki OKU ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...