(Video) Pemandu Mabuk Langgar Kereta Polis Di Lebuh Raya Ketika Polis Beri Bantuan Pada Kereta Rosak

Trending

(Video) Pemandu Mabuk Langgar Kereta Polis Di Lebuh Raya Ketika Polis Beri Bantuan Pada Kereta Rosak

Kes pemandu mabuk melanggar kenderaan lain bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia kerana sudah terlalu kerap kejadian ini berlaku. Kemalangan terbaru melibatkan pemandu mabuk yang menimpa ahli keluarga anggota bomba telah menimbulkan kemarahan ramai.

Baca: (Video) Lagi Kes Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Kali Ini Libatkan Kereta Dipandu Ahli Keluarga Bomba

Advertisement

Ibarat buku bertemu ruas, kejadian kali ini melibatkan pemandu mabuk yang melanggar kereta polis yang berada di tepi jalan di sebuah lebuh raya. Video yang dimuatnaik di Twitter itu menunjukkan kereta Myvi berwarna putih dipandu laju sebelum melanggar kenderaan polis itu.

Beberapa anggota polis yang berada berhampiran kereta polis itu sempat melarikan diri sebelum pelanggaran berlaku. Menurut laporan, kereta Proton Waja milik Cawangan Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang memberikan bantuan kepada kenderaan polis lain yang rosak.

Kejadian ini dipercayai berlaku pada jam 3 pagi dan pemandu Myvi tersebut yang berusia dalam lingkungan 20 tahun itu berada dalam keadaan mabuk. Bagaimanapun, ujian lain perlu dilakukan bagi mengesahkan lebih lanjut tentang perkara itu.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...