(VIDEO) Pemandu Kereta Tidak Beri Kerjasama, Ambil Kesempatan Seakan-akan ‘Escort’ Jentera Bomba

Trending

(VIDEO) Pemandu Kereta Tidak Beri Kerjasama, Ambil Kesempatan Seakan-akan ‘Escort’ Jentera Bomba

Beberapa hari lepas tular mengenai satu video mengenai seorang pemandu kereta yang menghalang laluan ambulans walaupun arahan dan siren sudah diberikan.

Namun, baru-baru ini juga tular di laman TikTok satu video yang dipercayai berlaku di Johor dapat dirakam oleh seorang pemandu jentera bomba melalui dashcam. Video itu menunjukkan seorang pemandu kereta wira cuba mengambil kesempatan sewaktu kenderaan bomba itu diberi laluan oleh kenderaan lain.

Advertisement

https://www.tiktok.com/@wawan0405/video/6944228370276207873?_d=secCgYIASAHKAESMgowwZaEo6jvELgHt%2FqKiSfepf%2FsWHQV24TZG6VPfXaqjHFcPM56pGt7RIxJ%2F5oBy2tSGgA%3D&language=en&mid=6944228354631633666&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0mAzJex1IDDrIcZuFOMLRN8gw02HmSF5_AXYfxL1BpunPODc1CBulCZVxje9cajE&share_app_name=tiktok&share_item_id=6944228370276207873&share_link_id=291a54a1-2fd0-495e-96d1-c32f2b907601&timestamp=1616894250&u_code=dajel670g4al70&user_id=6790340624061449218&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=more&source=h5_t

Kebiasaannya, jika berlaku kejadian seperti ini pemandu akan terus memberi laluan terlebih dahulu tapi lain pulak yang dilakukan oleh pemandu kereta wira ini.

Pemilik akaun berpesan melalui posting di akaunnya itu supaya pemandu-pemandu memberikan kerjasama jika berhadapan situasi seperti ini.

“Tolong beri kerjasama sekiranya mendengar siren kecemasan dan jangan contohi pemandu yang berada di dalam video ini. Terima kasih”

Dalam hal itu, video yang mendapat lebih 2 juta tontonan di TikTok mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Seeloknya, pemandu kereta tersebut perlu bertindak sama seperti kenderaan lain bergerak ke tepi untuk beri laluan kepada jentera berkenaan.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...