Tular di media sosial hari ini apabila sebuah rakaman video yang diambil oleh seorang pemandu lori menunjukkan sebuah Perodua Bezza telah dipandu secara melawan arus di sebuah jalan raya.
Difahamkan, kenderaan itu telah melanggar kereta lain dan segera memecut di lorong kecemasan laluan kontra dipercayai untuk melarikan diri.
Ya Allah kesian nya org yg kene langgar tu. Adik aku, salah sorang mangsa pemandu mabuk. Teruk. Sampai sekarang masih lagi dlm rawatan. Disebabkan org tak guna hidup jadi manusia mcm ni, org lain teraniaya.. @IsmailSabri60 isu mabuk ni perketatkanlah undang2
— MashiraSera?? (@mashiraserra) April 12, 2022
Kerana dipandu terlalu laju, kereta yang dipandu melawan arus itu telah melanggar seorang penunggang motorsikal sehingga cedera parah.
Dalam video tersebut, kereta Bezza itu remuk dan hancur di bahagian depan akibat pelanggaran tersebut.
Manakala penunggang motorsikal yang dilanggar dilaporkan cedera parah di bahagian kaki.
Apa yang lebih membuatkan orang ramai yang berada di kawasan itu geram dan ‘panas hati’ adalah apabila pemandu Bezza berkenaan masih bersikap keras kepala dan kurang ajar meskipun telah mendatangkan kecelakaan kepada orang lain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berharap agar pemandu mabuk berkenaan dikenakan hukuman berat dan menyelesaikan segera kes-kes seperti ini kerana ia semakin meningkat dari hari ke hari.