(Video) Pemandu Ambulans Di Indonesia Sebak Kongsi Pengalaman Bawa Jenazah COVID-19

COVID-19

(Video) Pemandu Ambulans Di Indonesia Sebak Kongsi Pengalaman Bawa Jenazah COVID-19

Indonesia menjadi antara negara yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19 dengan 5,516 kes jangkitan dan 496 kematian yang dilaporkan setakat ini. Peningkatan kes kematian telah menyebabkan segelintir masyarakat Indonesia yang panik menolak pengebumian mangsa COVID-19 di kawasan mereka.

Baca: Urusan Pengebumian Jenazah COVID-19 Di Indonesia Dihalang Oleh Masyarakat Kerana Bimbang Akan Turut Dijangkiti

Advertisement

Baru-baru ini, rakaman video temu bual seorang pemandu ambulans yang membawa jenazah COVID-19 tular di media sosial. Dalam temu bual itu, Muhammad Nursyamsurya berkongsikan pengalamannya membawa berpuluh mangsa COVID-19 yang meninggal dunia setiap hari.

“Kalau kalian tahu berapa banyak jenazah yang kami makamkan sehari, pasti kalian sedih!”

Pemandu itu memberitahu sejak penularan wabak ini di Indonesia, mereka (pemandu ambulans) semakin bertambah kerja yang perlu dilakukan setiap hari. Dia turut meluahkan kesedihannya melihatkan sikap masyarakat Indonesia yang masih berada di luar rumah dan tidak menghiraukan bahaya wabak ini.

Muhammad Nursyamsurya menganggap masyarakat Indonesia seolah tak peduli dengan perjuangan para petugas dalam membanteras wabak ini. Semasa ditemu bual, dia turut menangis ketika menceritakan keadaan para petugas yang sedang bertugas sekarang.

“Minta tolong kepada masyarakat untuk diam di rumah.”

pemakaman mangsa covid-19

Menurutnya, keadaan jalan di Jakarta juga sesak dengan kenderaan menyebabkan dia dan petugas terkandas lebih lama. Mereka perlu menguruskan jenazah mangsa COVID-19 yang semakin bertambah setiap hari, oleh itu dia meminta masyarakat untuk tetap di rumah dan mengurangkan kerja mereka.

Saya ingin naik pakai tronton teriak di jalanan kepada masyarakat tolong kalian diam di rumah, tolong ikuti anjuran pemerintah.

Apa yang membuatnya sedih, jenazah-jenazah yang dimakamkan itu tidak ada yang dihantar diiringi keluarga seperti pengebumian yang biasa. Namun melihatkan sikap masyarakat di sana, mereka seolah-olah tidak kisah dengan apa yang berlaku. Memikirkan bulan Ramadan yang akan menjelang kini, dia bersama petugas yang lain ingin menyambutnya seperti tahun-tahun yang biasa sebelumnya.

Sebelum ini, urusan pengebumian seorang petugas barisan hadapan di Indonesia tidak dibenarkan dikebumikan di sebuah tanah perkuburan. Petugas tersebut yang meninggal dunia selepas mendapat jangkitan, kemudian dimakamkan di perkuburan lain.

Artikel berkaitan: Jenazah Frontliner Tidak Dibenarkan Dikebumi Di Indonesia, Ibu Menangis Merayu Kepada Penduduk Kampung

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...