(VIDEO) Pelik Saiz Telur Cecah 150 Gram, Wanita Teruja Habis Lepas Tahu Isi Dalamnya!

Trending

(VIDEO) Pelik Saiz Telur Cecah 150 Gram, Wanita Teruja Habis Lepas Tahu Isi Dalamnya!

Telur ayam? Nama ini pastinya sudah tidak asing lagi kan dalam hidup korang. Mana tidaknya, boleh dikatakan hidup kita ni dibesarkan dengan menjamah pelbagai jenis menu dari bahan asas ini.

Dalam kita bercakap mengenai betapa bergunanya telur ayam, mesti korang pun pernah hadapi macam-macam kejadian pelik kan.

Salah satunya apabila sebiji telur ayam tu ada dua telur kuning. Ada juga kes telur yang kosong tanpa isi. Pelik tapi benar.

Advertisement

Menariknya kali ini, perkongsian seorang wanita di lama Tiktok beberapa hari lepas jelas membuat ramai teruja!

Nak dijadikan cerita, telur tersebut kelihatan lebih besar dari telur-telur lain. Beratnya pula mencecah 150 gram berbanding telur biasa.

Tertanya-tanya dengan saiz telur itu, wanita ini pun pecahkan telur tersebut. Ingatkan isinya lebih besar, tetapi rupanya ada telur dalam telur! Fuh luar biasa. Semua pakat teruja haha!

Saiz telur itu dikatakan hampir sekali ganda berbanding telur ayam biasa, manakala beratnya pula mencapai sehingga 150 gram.

Macam-macam kan. Semoga korang semua dapat sesuatu yang baru lah ya. Kalau dah dinamakan keajaiban, segala bentuk perkara pun boleh berlaku.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...