(VIDEO) Pelarian Syria Viral Tinggal Di KLIA Selama 7 Bulan Akhirnya Terbang Ke Kanada

Trending

(VIDEO) Pelarian Syria Viral Tinggal Di KLIA Selama 7 Bulan Akhirnya Terbang Ke Kanada

Kisah pelarian Syria, Hassan Al-Kontar yang terperangkap selama hampir 7 bulan di KLIA2 sejak bulan Mac lalu menjadi viral di seluruh dunia terutama sekali selepas vlogger terkenal Nas Daily menampilkan isu tersebut.

Advertisement

Sebelum ini rakyat Malaysia agak terkesan dengan isu ini lebih-lebih lagi selepas Hassan dilihat memburukkan negara kita, beliau akhirnya ditangkap  kerana berada di kawasan larangan serta tinggal lebih daripada tempoh masa yang ditetapkan.

Menghabiskan masa selama dua bulan di pusat tahanan Malaysia, Hassan akhirnya sudah mendapat perlindungan daripada Kanada.

Hassan sempat berkongsi berita itu menerusi sebuah video yang dimuat naik ke akaun Twitternya. Lelaki Syria itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak menyokong dan memberikan bantuan untuk beliau merealisasikan impiannya itu.

Dua pertubuhan iaitu Persatuan Islam British Columbia dan Canada Caring Society, menaja Hassan ke Kanada sebagai pelarian dimana beliau akan memulakan kehidupan baru di sana.

 

Terdahulu, Hassan memilih untuk tinggal di KLIA2 kerana bimbang akan ditangkap jika pulang ke Syria.  Hassan juga dikatakan sengaja menolak segala bentuk bantuan yang dihulurkan oleh Malaysia sebelum ini kerana mahu mendapatkan tawaran yang lebih baik termasuklah peluang untuk ke Kanada.

Sumber Berita : The Guardian , Hassan Al Kontar, The Star 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...