Kehidupan menjadi seorang penghantar makanan akan menerima macam-macam kerenah pelanggan. Demi mendapatkan sumber pendapatan, mereka sanggup membuat penghantaran makanan tak kira hujan lebat, panas terik dan sebagainya.
Namun, sebagai seorang pelanggan juga haruslah bertanggungjawab dan jangan mengambil kesempatan terhadap mereka.
Seorang penghantar makanan berkongsi kisahnya di Tiktok yang menyatakan dia sedang menghantar makanan di sebuah tempat. Namun, apa yang menyedihkan pelanggan tidak dapat dihubungi bahkan mesej yang dihantar pun tidak mendapat balasan
Dia terpaksa berpanas dibawah terik matahari kerana pelanggan tersebut pin location di tengah-tengah jalan, tiada tempat untuk berteduh.
Jumlah harga keseluruhan makanan yang dihantarnya itu RM 109.37 dan dia tidak mendapat payment penuh disebabkan makanan cancel order.
Semoga rider ni bersabar dan masih bersemangat untuk meneruskan pekerjaannya.