Bagi penggemar nasi kandar, beratur panjang untuk sepinggan juadah itu bukanlah perkara asing untuk diceritakan.
Begitulah yang terjadi apabila tibanya hujung minggu atau musim cuti panjang di mana pelancong terutamanya penggemar nasi kandar pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati hidangan asli dari Pulau Mutiara itu.
Menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik saudara Muhammad Fauzi Osman di media sosial Facebook, sebuah restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang iaitu Deen Maju telah diserbu pelanggan yang sanggup beratur hampir 1 kilometer dari kedai.
Menjengah ke ruangan komen hantaran video itu, ramai yang tampil berkongsikan pengalaman sama apabila mereka terpaksa beratur panjang hanya sekadar untuk merasai juadah popular di negeri itu.
“Beratur panjang tak ada masalah, asalkan dapat makan nasi kandar original dari Pulau Pinang.” sahut seorang lagi pengguna Facebook.
Tidak dinafikan, terdapat banyak kedai dan juga restoran yang menjual nasi kandar di sekitar negeri Pulau Pinang dan ia telah menjadi menu wajib dinikmati pelancong jika berkunjung ke negeri itu.