Tindakan yang dilakukan oleh pihak pengurusan kafe di Indonesia untuk memasang lagu rakyat ‘Gelang Si Paku Gelang’ menarik perhatian netizen apabila seorang pemuda memuat naik video pendek mengenai situasi itu di akaun TikTok miliknya.
Video itu memaparkan dimana sebuah kafe di Indonesia yang tidak didedahkan lokasinya memasang lagu rakyat tersebut dipercayai bertujuan untuk mengarah pelanggan yang masih berada di kafe berkenaan untuk beredar.
Menerusi video tersebut, kelihatan masih ada beberapa pelanggan di kafe itu walaupun sudah masuk untuk closing time.
“Cafe closing jam 8.45 malam dan disini masih ada beberapa pelanggan termasuk saya yang masih tetap berada di sini walaupun sudah jam 9.05”
https://www.tiktok.com/@prasbaji/video/6934337989766139138?_d=secCgYIASAHKAESMgowp9%2F8pDIiItmvdnvuq2d%2FfRP1lpDBUxnD9IiWW5bJWX35oItSvWtW%2FHSfQosRB7UnGgA%3D&language=en&mid=6934337958044568322&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0mAzJex1IDDrIcZuFOMLRN8gw02HmSF5_AXYfxL1BpunPODc1CBulCZVxje9cajE&share_app_name=tiktok&share_item_id=6934337989766139138&share_link_id=af3f9d00-d4c6-4a57-ad21-b96147dacbd3×tamp=1616386324&u_code=dajel670g4al70&user_id=6790340624061449218&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=more&source=h5_t
Tidak lama kemudian, lagu ‘Gelang Si Paku Gelang’ kedengaran oleh semua pelanggan yang berada di kafe tersebut.
Lirik lagu yang ada dalam video tersebut boleh dikatakan taktik atau ‘cara halus’ yang digunakan oleh pihak kafe untuk mengarahkan pelanggan mereka untuk beredar daripada premis berkenaan.
Memang membawa maksud tau lagu ni..