(Video) Pelancong Dari India Kantoi Mencuri Barangan Hotel Termasuk Penyangkut Baju

Trending

(Video) Pelancong Dari India Kantoi Mencuri Barangan Hotel Termasuk Penyangkut Baju

Kecoh baru-baru ini apabia video sebuah keluarga dari India mencuri barang-barang dari hotel mereka menginap di Bali, Indonesia tular di laman sosial.

Di dalam video yang berdurasi lebih kurang dua minit itu, dapat dilihat pekerja hotel dan pengawal keselamatan yang memeriksa bagasi keluarga tersebut.

Advertisement

Antara peralatan yang dicuri seperti alat pengering rambut, tuala, peralatan mandi malah penyangkut baju juga turut dicuri!

Sepanjang pemeriksaan itu, dapat dilihat mereka cuba berunding dengan pihak hotel dengan mengatakan mereka akan bayar semula. Tetapi pihak hotel bertegas untuk memanggil pihak polis kerana sikap keterlaluan pelancong India itu.

Walaupun berulang kali mereka meminta maaf dan berjanji untuk membayarnya, wakil dari pihak hotel berkata soal duit bukan menjadi isunya tetapi soal hormat.

Video yang tular ini telah mendapat perhatian dari seluruh dunia yang turut marah dengan kejadian ini. Ini bukan pertama kali kejadian sebegitu berlaku.

Sumber: India Today

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.