Video Pelakon Wanita Berkelakuan Aib Atas Sofa Tersebar, Didakwa Diperangkap?

Viral

Video Pelakon Wanita Berkelakuan Aib Atas Sofa Tersebar, Didakwa Diperangkap?

Satu video yang didakwa mirip seorang pelakon wanita tempatan tersebar di media sosial baru-baru ini sehingga mencetuskan kegusaran dalam kalangan pengguna internet.

Menurut satu sumber, rakaman tersebut mula dikesan disebarkan menerusi sebuah aplikasi media sosial dan memaparkan aksi seorang wanita yang dikatakan menyerupai pelakon drama tempatan dalam keadaan sangat mengaibkan.

Advertisement

pelakon wanita

Sumber berkenaan turut mendakwa pelakon tersebut berkemungkinan menjadi mangsa rakaman skrin atau diperangkap oleh seorang lelaki ketika panggilan video berlangsung.

“Video aib tersebut dikesan disebarkan sejak beberapa minggu lalu melalui satu aplikasi media,” katanya.

Bagaimanapun, identiti individu dalam video berkenaan masih belum dapat disahkan dan tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak yang dikaitkan setakat ini.

Sumber itu turut mengingatkan bahawa penyebaran kandungan lucah merupakan satu kesalahan serius di sisi undang-undang.

“Individu yang menyebarkan video atau kandungan lucah di Malaysia adalah kesalahan serius di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.”

“Selain itu, mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, mereka yang memiliki, mengedar atau menayangkan bahan lucah boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya,” tambahnya.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dalam penyebaran video tersebut dan menyerahkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-10 16:28:04

Video Ranjang 20 Minit Mirip Penyanyi Lelaki Terkenal 'Viral', Didakwa Bertujuan Ugut Bekas Teman Wanita

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...