Pelakon veteran Wan Maimunah meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan tindakan dua usahawan kosmetik, Nur Sajat dan Datuk Seri Aliff Syukri yang mempermainkan namanya dalam sebuah rakaman video yang di muat naik di Instagram.
Menerusi video tersebut, Sajat ditanya Aliff siapakah pilihannya seandainya diberikan watak Wan Maimunah, Hantu Kak Limah (Dalimawati) atau Nyi Blorong.
Sajat pula menjawab mengapa pula dia diberikan watak-watak keji, langsung tidak sesuai dengan paras rupanya yang cantik persis seorang model.Wan Maimunah sedih nama
dipermainkan, dianggap keji


Netizen kecam Sajat dan Aliff, tidak
perlu persendakan pelakon legenda



Video itu mendapat kecaman netizen yang rata-rata meminta agar Sajat dan Aliff tidak mempersenda pelakon- pelakon legenda tanah air. Jangan rasa diri terlalu hebat hanya kerana mereka berharta.
