(Video) Pelajar UMT Berjaya Selamatkan Ikan Lumba-Lumba Terdampar Di Pantai

Trending

(Video) Pelajar UMT Berjaya Selamatkan Ikan Lumba-Lumba Terdampar Di Pantai

Ikan lumba-lumba atau dolphin antara hidupan laut yang semakin terancam dengan pencemaran yang berlaku dan ancaman manusia. Sangat jarang untuk kita dapat melihat kemunculan ikan lumba-lumba di Malaysia.

Baru-baru ini tular, video pelajar-pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyelamatkan seekor ikan lumba-lumba yang terdampar di Malaysia.

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Nur Aiman (@nuraimansuhaimi) on

Terima panggilan telefon

Mohd Nur Aiman, pelajar jurusan Biologi Marin UMT menerima panggilan telefon daripada penduduk kampung yang menjumpai ikan lumba-lumba itu di tepi pantai. Dia dan rakan-rakannya kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk membantu.

Semasa tiba di tempat kejadian, ikan lumba-lumba itu berada dalam keadaan lemah dan terdampar di tepi pantai. Di dalam video yang dikongsikan, dia bersama rakannya mendukung sendiri haiwan tersebut ke tengah pantai.

Walaupun tak pasti bagaimana ikan lumba-lumba itu terdampar di situ, kemungkinan kerana arus yang kuat atau kecederaan yang dialaminya. Ikan lumba-lumba itu akhirnya selamat berenang kembali atas bantuan semua pihak. Netizen turut memuji tindakan pantas mereka menyelamatkan haiwan tersebut.

Baru-baru ini juga, sekumpulan nelayan berjaya menyelamatkan seekor ikan paus yang bergelut dengan tali. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: (Video) Netizen Puji Tindakan Pantas Nelayan Selamatkan ‘Whale Shark’ Yang Bergelut Dengan Tali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...