(Video) Pelajar Muslim Bantu Buka Pintu Masjid, Selamatkan Pelajar Dari Insiden Tembakan

Kehidupan

(Video) Pelajar Muslim Bantu Buka Pintu Masjid, Selamatkan Pelajar Dari Insiden Tembakan

Baru-baru ini, berlaku kejadian tembak menembak di sebuah sekolah di Amerika Syarikat. Kejadian berlaku di Oshkosh West High School apabila seorang polis menembak pelajar berusia 16 tahun selepas berlaku perbalahan di antara mereka.

Di dalam insiden ini, satu video tular di media sosial apabila pelajar wanita Muslim ini membantu rakan-rakan yang lain menyembunyikan diri di masjid berdekatan.

Advertisement

“Saya tahu, saya sorang saja yang tahu passcode untuk masjid tu. Sebab tu saya terus berlari dan ajak yang lain ke sana.”

Pelajar-pelajar yang lain menyerbu ke arah masjid untuk mendapatkan perlindungan. Tetapi masjid tersebut berkunci dan passcode pintu hanya diketahui oleh ahli masjid itu sahaja. Di situlah, Duaa Ahmad muncul dan membuka pintu untuk yang lain.

“Kami lari ke masjid berhampiran dan susun masing-masing mengikut kelas. Semua orang menangis ketakutan.”

Majid Ahmadiyya Muslim Community terletak seberang dari sekolah tersebut. Kira-kira 100 pelajar berlindung di dalam masjid itu sementara menunggu keadaan di luar selamat untuk mereka keluar.



Sebelum ini, video pelajar-pelajar Harvard keluar dewan semasa duta Israel berucap tular di media sosial. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: (Video) Duta Israel Dimalukan Ketika Mula Berucap, Pelajar Harvard Boikot Keluar Dewan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...