Baru-baru ini, berlaku kejadian tembak menembak di sebuah sekolah di Amerika Syarikat. Kejadian berlaku di Oshkosh West High School apabila seorang polis menembak pelajar berusia 16 tahun selepas berlaku perbalahan di antara mereka.
Di dalam insiden ini, satu video tular di media sosial apabila pelajar wanita Muslim ini membantu rakan-rakan yang lain menyembunyikan diri di masjid berdekatan.
“Saya tahu, saya sorang saja yang tahu passcode untuk masjid tu. Sebab tu saya terus berlari dan ajak yang lain ke sana.”
This was the scene outside our mosque. pic.twitter.com/nJx7Xjx0TD
— Fateh Ahmad (@fatehahmad) December 4, 2019
Pelajar-pelajar yang lain menyerbu ke arah masjid untuk mendapatkan perlindungan. Tetapi masjid tersebut berkunci dan passcode pintu hanya diketahui oleh ahli masjid itu sahaja. Di situlah, Duaa Ahmad muncul dan membuka pintu untuk yang lain.
“Kami lari ke masjid berhampiran dan susun masing-masing mengikut kelas. Semua orang menangis ketakutan.”
Majid Ahmadiyya Muslim Community terletak seberang dari sekolah tersebut. Kira-kira 100 pelajar berlindung di dalam masjid itu sementara menunggu keadaan di luar selamat untuk mereka keluar.
And then she stands there, out in the open, courageously ushering other children inside to safety. What a brave girl, she is. No child should have to do that.
— Molly Atkins (@MAtkinsWrites) December 4, 2019
Very quick thinking by the brave young lady. She could have kept the door locked for her safety but she exposed herself to a threat.
— gwheezie (@geewheezie) December 4, 2019
Never a doubt these fine people would never turn their backs on their neighbors.
We are humbled by your kindness.
— Joseph R. Skeen (@DuluthDreaming) December 4, 2019
Sebelum ini, video pelajar-pelajar Harvard keluar dewan semasa duta Israel berucap tular di media sosial. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.
Artikel berkaitan: (Video) Duta Israel Dimalukan Ketika Mula Berucap, Pelajar Harvard Boikot Keluar Dewan