(Video) Pelajar Dari Sabah Luangkan Masa 24 Jam Atas Pokok Jawab Peperiksaan Dalam Talian

Trending

(Video) Pelajar Dari Sabah Luangkan Masa 24 Jam Atas Pokok Jawab Peperiksaan Dalam Talian

Berikutan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara, semua institusi pendidikan seperti sekolah, universiti dan kolej terpaksa ditutup buat sementara waktu sehingga keadaan kembali selamat.

Bagi sesetengah institusi, pembelajaran dalam talian digunakan bagi memastikan sesi pengajaran dapat diteruskan. Namun, bagi pelajar yang tinggal di kawasan yang sukar untuk mendapat akses internet pastinya akan berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan bahan pembelajaran harian.

Advertisement

Tetapi masalah liputan internet yang terhad tidak mematahkan semangat seorang pelajar Insititut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah ini. Dia sanggup untuk tidur di atas pokok semata-mata untuk menjalTiadaani peperiksaan secara dalam talian.

Veveonah Mosibin, 18, pelajar jurusan Asasi Sains memuat naik video pengalaman dilaluinya menerusi saluran YouTube miliknya dengan tajuk 24 Hours On Tree | Challenge (cabaran 24 jam atas pokok).

Video yang berdurasi 11 minit 21 saat itu memaparkan Veveonah perlu memanjat pokok untuk mendapatkan talian internet yang lancar ketika peperiksaannya yang berlangsung secara dalam talian pada 9 Jun lalu.

Dalam video tersebut, dia menceritakan bagaimana dia terfikir untuk melakukan perkara itu setelah pondok yang dibinanya di atas bukit bagi tujuan persediaan menghadapi peperiksaan itu, rosak akibat cuaca buruk.

Veveonah terkejut apabila melihat ia telah rosak kerana sudah lama tidak menjenguk pondok tersebut, kerana membantu ibu bapanya menoreh getah.

Berbekalkan kelambu, telefon bimbit, power bank, sebotol air dan beberapa bungkus nasi serta peralatan untuk menjawab peperiksaan, Veveonah berada di atas pokok tersebut dalam tempoh 24 jam dari jam 7.30 pagi. Dia berada dalam kelambu di atas pokok itu pada waktu malam dengan berbekalkan lampu telefon bimbit.

Dia mengambil peperiksaan bagi subjek Kimia pada sebelah pagi dan subjek Pengajian Malaysia pada sebelah petangnya.

Ketika berada di atas pokok itu, Veveonah juga terpaksa berdepan detik cemas apabila seekor tebuan tanah tersesat masuk ke dalam kelambunya.

“Agaknya tebuan ini tersesat. Ni kalau menggigit ni, memang sakit.” 

Setelah selesai menduduki peperiksaan pada sebelah petang, Veveonah tidak pulang sebaliknya kekal berada di atas pokok untuk tidur dan pulang pada keesokan paginya.

Veveonah  mula aktif sebagai YouTuber sejak April lalu, dan dia turut memuat naik video lain yang memaparkan perkongsian teknik cara hidup secara tradisional.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...