(Video) Pelajar Bersalaman Dengan Pak Guard, Budaya Sekolah Di Sabah Ini Dipuji Netizen

Trending

(Video) Pelajar Bersalaman Dengan Pak Guard, Budaya Sekolah Di Sabah Ini Dipuji Netizen

Selepas ibu bapa, guru-guru di sekolah adalah antara insan yang penting untuk mendidik anak-anak yang sedang meningkat remaja. Mana taknya, kebanyakan mereka lebih banyak meluangkan masa di sekolah dalam kehidupan seharian.

Di dalam satu video yang dikongsikan di Facebook ini, sebuah sekolah di Sabah berjaya memupuk budaya hormat menghormati kepada insan yang lebih berusia. Sudah menjadi rutin dimana pelajar-pelajar akan bersalaman dengan pengawal keselamatan sebaik tiba di sekolah.

Advertisement

“Saya rasa tersentuh dengan budaya yang diterapkan pada semua pelajar sekolah ini” 

Assalamualaikum ,
Terlebih dahulu mohon maaf pada pihak sekolah dan pada sesiapa yang terlibat kerana mengambil video curi2 .. Saya rasa tersentuh dengan budaya yang diterapkan pada semua pelajar sekolah ini untuk menghormati pada semua golongan iya itu orang yang lebih tua dan seperti video yang diambil secara curi2 ini.. Tahniah pada semua kakitangan sekolah dan semua IbuBapa.. Saya rasa sangat bangga dengan melihat budaya yang diamalkan ada sekolah ini..
Ini merupakan antara 1 nilai didikan moral terbaik..

Pelajar di Sekolah Kebangsaan Luagan Keningau Sabah ini akan bersalaman dengan pengawal keselamatan yang menunggu pelajar di hadapan sekolah. Rata-rata netizen juga turut tersentuh melihat budaya yang diamalkan di sekolah itu.

“Dengan guard dah macam tu. Dengan cikgu mesti lagi menghormati. Terbaik laaa.”

facebook

“Bagusnya. Walaupun security, dia macam ayah kepada adik-adik semua. Dia yang jaga keselamatan adik-adik dalam sekolah.”

facebook
Netizen juga berharap nilai murni ini dapat dicontohi oleh semua sekolah yang lain untuk mendidik pelajar sekolah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...