(Video) Pelajar Pecahkan Kerusi Dan Meja Pada Hari Terakhir Persekolahan

Trending

(Video) Pelajar Pecahkan Kerusi Dan Meja Pada Hari Terakhir Persekolahan

Kita semua tahu para pelajar SPM yang telah menduduki peperiksaan terakhir mungkin sedang meraikan hari-hari terakhir mereka di sekolah.

Jika dikenangkan balik dahulu, kita semua pernah menyambut hari peperiksaan terakhir. Namun tidaklah sampai merosakkan harta benda milik sekolah tersebut.

Advertisement

Baru-baru ini tular di Facebook video berdurasi 13 saat yang memaparkan tindakan beberapa pelajar membaling dan menyepak beberapa kerusi plastik dipercayai berlaku dalam sebuah kelas selepas sesi terakhir sekolah.

Tindakan mereka itu dipercayai dirakam menggunakan telefon pintar milik seorang rakan mereka sebelum tular di media sosial.

Difahamkan dalam video tersebut, keadaan kelas bersepah kerana tindakan yang tidak bermoral dilakukan oleh pelajar-pelajar ini.

Paling menyedihkan, ada segelintir pelajar yang memakai ‘kopiah’ dilihat hebat menghancurkan peralatan tersebut. Rata-rata netizen berasa sangat geram dengan tindakan pelajar yang tidak bertanggungjawab ini.

komen netizen
komen netizen 2

Semoga kita semua selalu bersyukur dengan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk memudahkan kita menuntut ilmu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...