(Video) Pelajar Bangkit Melawan Pembuli, Netizen Puji Tindakan Adik Ini

Trending

(Video) Pelajar Bangkit Melawan Pembuli, Netizen Puji Tindakan Adik Ini

Kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.

Kini tular di media sosial satu rakaman video pergaduhan antara mangsa dengan dua orang rakannya di sebuah sekolah di Kelantan.

Advertisement

Advertisement

Dipercayai mangsa kerap dibuli beberapa rakan sekelasnya itu supaya menyiapkan kerja sekolah mereka.

Dalam rakaman video yang berdurasi 30 saat itu, mangsa dilihat  dipukul beberapa kali oleh 2 orang rakannya sebelum dia tekad bangun untuk membalas semua pukulan tersebut.

balas balik pembuli

Kerana tak tahan dibelasah oleh pembuli, dia nekad untuk bangun dan menyerang pembuli tersebut. Ramai netizen yang berpuas hati dengan tindakan remaja ini.

Rata-rata netizen yang melihat video ini mengatakan bahawa seorang pembuli selalunya tidak kuat. Buktinya jelas menunjukkan bahawa mangsa buli berdiam diri bukan kerana takut, tetapi tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Terbaru, polis telah menahan 10 pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah agama, di Pasir Puteh bagi menyiasat kes buli ini.

Admin rasa tindakan yang dibuat adik ini memang betul, dia membalas perbuatan pembuli demi mempertahankan dirinya.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...