(Video) Pekerja McD Di Indo Tak Menang Tangan ‘Handle’ Pelanggan Buat Pesanan BTS Meal

Trending

(Video) Pekerja McD Di Indo Tak Menang Tangan ‘Handle’ Pelanggan Buat Pesanan BTS Meal

Sebut sahaja ‘BTS Meal’ pasti ramai peminat kumpulan artis korea akan cuba untuk mendapatkan set makanan yang dikeluarkan oleh syarikat restoran makanan segera, McDonald’s kerana ianya limited edition. 

Jadi, pasti ramai yang merebut peluang untuk merasai menu terbaharu yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan.

Advertisement

Di Indonesia, set makanan tersebut baru sahaja dilancarkan semalam, iaitu 9 Jun dan sudah pasti ramai orang berpusu-pusu untuk datang membuat pesanan. Dimaklumkan bahawa untuk set BTS Meal, pelanggan hanya boleh membuat pesanan secara Drive-thru dan online. 

Oleh itu, ramai pelanggan yang menggunakan perkhidmatan rider penghantaran makanan untuk membuat pesanan tersebut. Namun, apa yang tidak dijangka ialah sambutan yang luar biasa daripada warga Indonesia.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh warganet di aplikasi TikTok, jelas kelihatan ramai rider yang berpusu-pusu datang dan beratur untuk membuat pesanan.

 

Tidak kurang juga kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan drive-thru sehingga McDonald’s ‘dibanjiri’ dengan pelanggan yang dipercayai hanya ingin membeli BTS Meal.

https://www.tiktok.com/@diandra_112/video/6971672108548082946?_d=secCgYIASAHKAESMgowitg86T4Z7f86FLG5Xm4AKAkoD67zCLgRN22Gx%2BhoyfUrzO8v9wL2eOcBMl6dKKNtGgA%3D&checksum=93967864fc41eef9ee3b2ed82a194491f4049fb06f467f8b5a09b2d49a9a0072&language=en&mid=6964218604925519873&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0mAzJex1IDDrIcZuFOMLRN8gw02HmSF5_AXYfxL1BpunPODc1CBulCZVxje9cajE&share_app_id=1180&share_item_id=6971672108548082946&share_link_id=ef3a05a6-6972-4fa7-b71c-8ce4d6d9409f&source=h5_t&timestamp=1623297136&u_code=dajel670g4al70&user_id=6790340624061449218&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1

Ramai yang order set makanan ni. Mungkin disebabkan limited edition jadi semua nak merasa set BTS Meal. Hal ini bakal menjadi pengalaman kepada rider dan pekerja restoran makanan segera kerana menerima pesanan yang luar biasa daripada pelanggan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...